Ratu Elizabeth II cecah 90 tahun, masih popular

Ratu Elizabeth II cecah 90 tahun, masih popular

LONDON, 19 April (AFP) – Ratu Elizabeth II dijadualkan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-90 pada Khamis ini bersama satu perhimpunan keluarga dan sebuah kek yang dihasilkan khas oleh bintang program realiti televisyen. Pada masa sama, satu tinjauan baharu menunjukkan paras populariti pemerintah diraja paling lama di Britain itu kekal tinggi.

Baginda memerintah lebih 63 tahun dan tidak menunjukkan sebarang tanda ingin bersara, walaupun beberapa tahun kebelakangan ini beliau menyerahkan beberapa tugas kepada waris diraja yang lebih muda. Tinjauan menunjukkan orang awam British mahu baginda meneruskan tanggungjawab itu dengan 70 peratus berkata beliau patut memerintah selama mana yang mungkin, iaitu paras sokongan tertinggi sejak 1981.

Tinjauan Ipsos-Mori untuk King’s College London menunjukkan sokongan kepada pemerintahan beraja tinggi pada 76 peratus. Seorang profesor Institut Kontemporari Sejatah British di King’s College London, Roger Mortimore berkata: “Ratu amat popular, beliau menyukai perkembangan itu serta merasakan prestasi pemerintahan yang baik.”

Sambutan pada hari Khamis itu menyaksikan acara-acara awam termasuk perarakan tentera dan makan tengah hari bagi 10,000 tetamu di The Mall, luar Istana Buckingham, yang mana akan menjadi sebahagian daripada sambutan hari jadi rasmi beliau pada bulan Jun.

Gambar fail bertarikh 14 Mac 2016 menunjukkan Queen Elizabeth II ketika beliau tiba untuk menghadiri Perkhidmatan Komanwel di Westminster Abbey di pusat bandar London. – AFP
Gambar fail bertarikh 14 Mac 2016 menunjukkan Queen Elizabeth II ketika beliau tiba untuk menghadiri Perkhidmatan Komanwel di Westminster Abbey di pusat bandar London. – AFP

Bersama suaminya Prince Philip, dia akan bertemu orang ramai berhampiran Istana Windsor, iaitu kediaman hujung minggu beliau. Pada acara di dewan bandar Windsor, ratu itu akan dipersembahkan dengan kek yang dibakar oleh Nadiya Jamir Hussain, pemenang ‘Great British Bake Off’, iaitu satu pertandingan memasak di televisyen yang sangat popular.

Ratu juga akan menghadiri majlis makan malam hari jadi bersama keluarga yang dianjurkan oleh waris beliau Prince Charles, yang menekankan peranannya sebagai ketua empat generasi Dewan Windsor. Charles dan anaknya William yang kini mengambil alih tugas ratu, walaupun dia masih menjalankan 393 penglibatan pada tahun lepas, termasuk lawatan negara ke Malta dan Jerman.

William, bersama isterinya Kate beserta dua orang anaknya yang masih kecil telah membawa tenaga baru kepada kaum kerabat.