Ratu Elizabeth II hadiri ulang tahun VJ Day

Ratu Elizabeth II hadiri ulang tahun VJ Day

LONDON, 16 Ogos (AFP) – Ratu Britain, Ratu Elizabeth II semalam mengetahui hari memperingati ulang tahun ke 70 VJ Day, dengan menyertai para bekas perajurit dan bekas tahanan perang bagi perkhidmatan di London.

Orang ramai berbaris di jalan raya di tengah bandar untuk menyaksikan acara di skrin besar dan bertepuk sorak memberi galakan kepada para bekas perajurit ketika negara mengenang Kemenangan ke atas Jepun, yang menamatkan Perang Dunia II.

Ratu disertai oleh suami baginda, Putera Philip, 94 tahun yang pernah berkhidmat sebagai tentera laut di Teluk Tokyo apabila Jepun menyerah kalah.

Pewaris takhta, Putera Charles menghadiri acara itu yang bermula dengan terbang lalu pesawat udara bersejarah, termasuklah Dakota dan Hurricane.

Hari memperingati itu termasuklah acara berdoa dan meletakkan kalungan bunga, bacaan khas, dan gita puja yang dinyanyikan oleh koir lelaki.

Putera Phillip, Duke of Edinburgh dan Ratu Elizabeth II ketika menghadiri hari memperingati ulang tahun ke 70 VJ Day di gereja St Martin-in-the-Fields di bahagian tengah London pada 15 Ogos 2015. – AFP
Putera Phillip, Duke of Edinburgh dan Ratu Elizabeth II ketika menghadiri hari memperingati ulang tahun ke 70 VJ Day di gereja St Martin-in-the-Fields di bahagian tengah London pada 15 Ogos 2015. – AFP

Pelakon Charles Dance – bintang “Game of Thrones’ – membacakan puisi Rudyard Kipling “The Road to Mandalay” yang apabila digubah irama untuk puisi itu, menjadi rentak perbarisan kegemaran bagi tentera Britain yang berjuang menentang Jepun di Burma, di bawah kawalan fil marsyal William Slim.

“Apabila Perang Dunia Kedua berakhir di Eropah, kakitangan tentera Britain dan Komanwel dan orang awam di Timur Jauh masih berperang, masih berada di barisan hadapan dan masih dalam tahanan kem perang,” kata Dance.

Selepas acara itu, para bekas perajurit, bekas tahanan dan keturunan mereka menyertai kakitangan pada masa ini berjalan menuju Medan Parlimen dan Westminster Abbey – melintasi patung Slim – yang didahului dengan permainan begpaip dan dram.

“Kami mengenang ulang tahun hari ini kerana beribu-ribu orang yang terkorban, mengalami kecederaan teruk dan diseksa ketika konflik ini,” menurut Perdana Menteri David Cameron.

“Adalah betul kita mengenang mereka. Adalah betul kita berterima kasih kepada mereka dan kita mengakui bahawa mereka menderita demi kemerdekaan kita.”

Patricia Knatchbull, yang ayahnya Louis Mountbatten adalah ketua pemerintah bersekutu di Asia Tenggara berkata “Ulang tahun ke 70 penamatan sebenar Perang Dunia II adalah masa terbaik untuk memperlihatkan penghargaan baru kita, yang kadangkala lambat bagi apa yang kita capai di Asia Tenggara dan juga di Eropah.”

Kira-kira 97,000 tentera Britain dan Komanwel terkorban kerana berjuang menentang Jepun di Timur jauh.