Ratu Elizabet...

Ratu Elizabeth II sambut Jubli Nilam

LONDON, 6 Feb – Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama di dunia, hari ini mencipta rekod baru ketika raja pertama Britain itu akan menyambut Jubli Nilam, dengan 65 tahun di atas takhta.

Baginda ratu, kini berusia 90 tahun, naik takhta dalam tahun 1952 pada usia 25 tahun setelah kemangkatan awal ayahanda baginda, Raja George VI.

Seperti peristiwa penting dalam pemerintahan panjang baginda, Ratu Elizabeth, mungkin menjalani hari Naik Takhta secara tertutup di estet baginda, Sandrignham Estate di Norfolk, timur England.

Bagaimanapun semalam, baginda dilihat tersenyum ketika ramai pengirim ucap selamat memberikan bunga di luar gereja.

Di sebalik keengganan baginda untuk meraikan secara terbuka, acara itu akan diingati di Britain.

Elizabeth

Ratu Elizabeth II kini sudah mencapai pemerintahan ke-65 tahun di Britain. – AP
Ratu Elizabeth II kini sudah mencapai pemerintahan ke-65 tahun di Britain. – AP

Di Tower of London, di Green Park di ibu negara, dan seluruh sekitar negara beraja itu, tembakan hormat senjata akan dilepaskan dalam memberikan penghormatan.

Nilam adalah batu pertama ulang tahun ke-65 dan gambar telah dikeluarkan semula pemerintah mengenakan set barang kemas nilam yang telah diberikan kepada baginda oleh ayahandanya sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 1947.

Potret 2014, oleh David Bailey menunjukkan baginda memakai rantai berkilauan, yang dibuat pada tahun 1850 dan dibuat dari 16 nilam empat segi panjang besar yang dikelilingi intan berlian.

“Baginda memiliki mata redup dengan sinar memikat. Saya sentiasa menyukai wanita tabah, dan baginda adalah wanita yang sangat tabah,” jurugambar itu berkata pada ketika itu.

Royal Mint memperingati ulang tahun ini dengan wang syiling peringatan yang direka khas, bernilai dari syiling £5 hingga syiling emas satu kilogram bernilai £1,000 yang kosnya sebenar ialah £50,000 untuk dibeli.

Syiling £5 memaparkan mahkota kerajaan imperial, diputar untuk memperlihatkan nilai Stuart.

Ia juga membawa perkataan dari petikan masyhur dalam ucapan baginda pada ulang tahun ke-21 kepada Komanwel pada tahun 1947 “Sepanjang hidup beta, sama ada panjang atau pendek, akan ditumpukan pada rakyat.”

Sementara itu Royal Mail telah mengeluarkan setem £5 dengan warna biru nilam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA