Ratu Elizabeth, PM Britain terlepas cakap

Ratu Elizabeth, PM Britain terlepas cakap

LONDON, 11 Mei (AFP) – Perdana Menteri David Cameron menyifatkan Nigeria dan Afghanistan “mungkin dua negara paling korup di dunia” dalam kenyataan terbuka yang tidak disengaja semalam, ketika Ratu Elizabeth II terlihat melalui kamera mengatakan delegasi dari China yang membuat lawatan negara tahun lepas sebagai ‘biadab’.

Cameron dirakamkan membuat kenyataan itu kepada Ratu dan ketua biskop Canterbury Justin Welby pada satu majlis di Buckingham Palace, sebelum sidang mesyuarat anti rasuah yang beliau adakan di London pada hari Khamis.

Perdana Menteri berkata “Terdapat beberapa pemimpin dari beberapa negara yang begitu korup datang ke Britain.”

“Nigeria dan Afghanistan, mungkin dua negara paling korup di dunia,” tambahnya.

Welby, yang bekerja sebagai eksekutif minyak di Afrika Barat sebelum menyertai gereja dan yang juga melaksanakan usaha penyelesaian konflik di Nigeria, menegaskan bahawa ‘presiden yang ini sebenarnya tidak korup.”

Ratu Elizabeth ketika terakam bercakap mengenai perkara berkenaan. – AP
Ratu Elizabeth ketika terakam bercakap mengenai perkara berkenaan. – AP

“Dia benar-benar mencuba,” Cameron bersetuju, dan baginda ratu menjawab Welby “Dia sedang mencuba, bukankah begitu?”

Tidak jelas siapa yang mereka rujuk, tetapi Presiden Nigeria Muhammadu Buhari dan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dijangka menghadiri sidang mesyuarat itu.

Pada satu acara parti taman berasingan semalam, Baginda Ratu dalam rakaman dilihat menggambarkan delegasi bagi lawatan negara China tahun lalu sebagai ‘ biadab’/

Pemerintah polis Lucy D’Orsi telah diperkenalkan kepada Baginda Ratu sebagai wanita yang menyelia keselamatan bagi lawatan Presiden Xi Jinping dan isterinya pada Oktober lalu, yang mana Baginda menjawab “Oh, nasib tidak baik.”

D’Orsi dirakamkan sebagai berkata “Saya tidak pasti sama ada anda tahu, tetapi ia agak masa yang menguji saya” yang mana Baginda Ratu menjawab dia mengetahuinya, sebelum menambah kata bahawa ahli-ahli rombongan China ‘sangat biadab kepada duta.’

Pemerintah polis bersetuju dengan berkata “Pada pandangan saya sangat biadab dan sangat tidak diplomatik.” Bagaimanapun tidak jelas ahli delegasi mana yang mereka maksudkan.

ARTIKEL YANG SAMA