Ratu ski ais digigit anjing peliharaan

Ratu ski ais digigit anjing peliharaan

NORTH CAROLINA, 8 Nov (Reuters) – Lindsey Vonn memerlukan rawatan perubatan selepas digigit oleh anjing peliharaannya, menurut peluncur ski itu semalam.

Vonn memaparkan rakaman video tersebut dalam akaun Twitter beliau mengenai tangan kanannya yang berdarah, yang menurutnya dalam satu percubaan untuk meleraikan pergaduhan di antara dua ekor anjing peliharaannya tersebut. Kecederaan berlaku ke atas ibu jarinya.

“Jadi ceritanya adalah anjing saya yang sedang bergaduh bagi mendapatkan Frisbee dan saya cuba untuk meleraikannya, tetapi sebaliknya digigit. Hujung minggu yang menyeronokkan,” jelasnya.

Vonn, 31, memiliki dua ekor anjing peliharaan, Leo dan Bear, yang diangkatnya dari pusat perlindungan. Dia masih melalui pemulihan dari patah buku lali yang dialaminya dalam kejatuhan di New Zealand hampir tiga bulan lalu.

Pemenang 67 perlumbaan Piala Dunia itu terlepas bersaing permulaan musim tetapi menjangka untuk kembali pada akhir bulan.