Ratu terjun M’sia gagal ke podium

Ratu terjun M’sia gagal ke podium

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Kecederaan berterusan yang dialaminya menghalang Pandelela Rinong ke podium sekali lagi dalam acara 10 meter platform individu dan hanya mampu menduduki tempat ke-11 dalam pusingan akhir di Sukan Olimpik Rio di sini pada Khamis.

Peserta Olimpik Malaysia paling muda di Rio, Nur Dhabitah Sabri, 17, lebih menyerlah mengatasi pemenang pingat perak berusia 23 tahun itu, apabila menduduki tempat kesembilan mengatasi Pandelela yang berada di tempat kedua akhir.

Nur Dhabitah mencatat 338.00 mata sementara Pandelela, pemegang pingat gangsa dalam acara ini di Sukan Olimpik London 2012, mengutip 330.45 mata.

pg24_160820_olympic logo

Aksi Pandelela Rinong ketika peringkat akhir 10 meter platfom pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang berlangsung di Maria Lenk Aquatics Centre kelmarin. – Bernama
Aksi Pandelela Rinong ketika peringkat akhir 10 meter platfom pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang berlangsung di Maria Lenk Aquatics Centre kelmarin. – Bernama

China mengutip pingat emas dan perak dalam acara ini masing-masing melalui Ren Qian (439.25) dan Si Yajie (419.40).

Peserta Kanada Meaghan Benfeito mengumpul 389.20 mata untuk memenangi pingat gangsa. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA