Ratusan bomba bergelut padam kebakaran

Ratusan bomba bergelut padam kebakaran

ADELAIDE, Australia, 26 Nov (AFP) – Beratus-ratus anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pemusnah ‘seperti Armageddon’ bagi hari kedua di Australia hari ini yang telah mengorbankan dua orang dan kira-kira 13 orang dirawat di hospital, dengan kebimbangan serius angka kematian akan meningkat.

Keadaan lebih sejuk dan tiupan angin sederhana membantu para anggota ketika waktu subuh dalam keadaan kebakaran hutan, meskipun Perdana Menteri Negeri Selatan Australia Jay Weatherill berkata ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum ia sepenuhnya dapat dikawal.

Perdana Menteri pada lewat semalam berkata dua orang terkorban dalam kebakaran sekitar bandar Pinery, kira-kira 70 kilometer utara Adelaide. Laporan yang tidak disahkan mengatakan tiga orang dilaporkan hilang.

Asap naik dari gudang yang terbakar, yang digunakan untuk pembuatan makanan kering, berikutan kebakaran hutan di Freeling, utara Adelaide, semalam. – AFP
Asap naik dari gudang yang terbakar, yang digunakan untuk pembuatan makanan kering, berikutan kebakaran hutan di Freeling, utara Adelaide, semalam. – AFP

Watherill berkata, “Jelas ada berita dahsyat tentang kematian tragis iaitu kira-kira dua orang dan kami amat bimbang lebih ramai lagi terbunuh.”

Dia menambah 13 orang telah dirawat di hospital dengan lima orang dalam keadaan kritikal atau serius. Pihak Kesihatan Selatan Australia kemudian melalui Twitter mengatakan mereka telah membawa 15 orang ke hospital kerana terbakar, tersedut asap dan kecederaan kecil.

Kebakaran telah membakar kira-kira 16 buah rumah dan juga luar bangunan, mesin ladang dan kenderaan ketika ia membakar kawasan depan sejauh 40 kilometer, yang disebabkan angin kencang lewat semalam, tambahnya.