Puluhan ribu dipindah, kebakaran makin mengganas di Israel

Puluhan ribu dipindah, kebakaran makin mengganas di Israel

HAIFA, Israel, 24 Nov – Puluhan ribu warga Israel berpindah dari rumah mereka di pinggir bandar ketiga negara itu, Haifa hari ini dengan yang lain terperangkap di dalam kediaman mereka ketika pihak bomba bergelut untuk mengawal kebakaran belukar yang semakin marak.

Tentera mengerahkan askar simpanan dan hospital-hospital di bandar pelabuhan Mediterranean untuk mengumumkan darurat kerana bimbang kebakaran dahulu pada 2010 berulang kembali yang membunuh 44 orang – insiden paling maut dalam sejarah Israel.

“Kami memindahkan tiga kawasan kejiranan dan ada juga mereka sedang terperangkap,” kata jurucakap jabatan kebakaran, Kayed Daher sambil menambah bahawa api masih lagi menyala dan kebakaran itu sedang menghampiri stesen gas.

Api marak sehingga 10 meter (lebih daripada 30 kaki) tinggi telah mengancam blok menara beberapa tingkat di salah satu sub bandar Haifa, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian. Universiti Haifa telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Skala kebakaran itu mencetuskan beberapa buah negara seperti Crotia, Cyprus, Greece, Itali, Rusia dan Turki menghantar bantuan, termasuk pesawat pemadam kebakaran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA