Ratusan ‘fosil hidup’ tertua ditemui di Jepun

Ratusan ‘fosil hidup’ tertua ditemui di Jepun

TOKYO, 15 Sept – Beratus-ratus ekor belangkas iaitu jenis ketam – dikenali sebagai ‘fosil hidup’ memandangkan ia adalah antara makhluk tertua di bumi – telah dihanyutkan mati di selatan Jepun, membingungkan para pakar yang mengkajinya.

Belangkas terkenal dengan darah biru, adalah pengunjung kerap musim panas ke dataran pasang surut di selatan dan barat Jepun termasuklah sebuah kawasan yang berhampiran bandar Kitakyushu, tempat ia bertelur.

Sebilangan setiap kali mati dalam proses itu, tetapi tahun ini kumpulan pemuliharaan setempat menyedari bilangan artropod marin berharga yang mati adalah banyak yang mana itu luar biasa, seorang pegawai setempat memberitahu wartawan hari ini.

“Kumpulan pemuliharaan terlihat kira-kira lima hingga 10 yang mati setiap hari ketika tempoh bertelur, dengan demikian mereka mula menghitung mereka,” kata pegawai bandar Kitakyushu, Kenji Sato.

“Jumlah bilangan belangkas yang mati mencecah kira-kira 500,” menurut Sato.

Akhbar harian Asahi Shimbun melaporkan bahawa jumlah belangkas mati lapan kali lebih tinggi dari biasa.

Sato berkata para pegawai setempat meminta bimbingan dari para pakar tetapi setakat ini sepersetujuan tentang apakah punca bilangan kematian tinggi luar biasa tahun ini, terbukti sukar.

Bagaimanapun sebilangan ilmuan, mengatakan ‘kekurangan oksigen disebabkan suhu air laut lebih tinggi’ atau serangan parasit atau penyakit pelik belangkas’ sebagai kemungkinan punca, tambahnya.

Kementerian persekitaran Jepun menamakan ketam seperti helmet ini sebagai spesis terancam, ketika penduduk berkurangan disebabkan pemusnahan habitat pantai bersama-sama dengan perkembangan ekonomi Jepun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA