Ratusan hutan terbakar di barat laut Sepanyol

Ratusan hutan terbakar di barat laut Sepanyol

MADRID, 20 Dis (AFP) – Kira-kira 230 ahli bomba telah dikerahkan untuk memadam kebakaran di sekitar 100 buah tempat yang meletus di barat laut Sepanyol pada malam kelmarin, menurut perkhidmatan kecemasan kepada AFP, namun tidak ada laporan mengenai korban jiwa.

“Kira-kira 100 kebakaran terjadi pada ketika ini,” kata jurucakap bagi ahli bomba di rantau Asturias.

“Di lapangan, kami mempunyai sekitar 230 pemadam kebakaran,” serta pegawai-pegawai daripada pengawal awam, sukarelawan dan para pegawai, tambahnya.

Lima kediaman telah terjejas akibat kebakaran hutan di barat laut rantau itu dan bahagian laluan jalan terpaksa ditutup akibat asap tebal, menurut kenyataan awal dari perkhidmatan kecemasan.

“Keadaan cuaca, dengan suhu tinggi dan angin kencang, telah menghambat usaha memadam kebakaran ini,” katanya.

Kebakaran hutan telah memusnahkan lebih 54,000 ekar tanah hutan dan pertanian di Sepanyol tahun ini, melebihi kawasan yang terbakar pada dua tahun lepas jika digabungkan, kata kementerian pertanian selepas kebakaran besar meletus pada musim panas ini.