Ratusan pelan...

Ratusan pelancong terkandas di Bali

DENPASAR, Indonesia, 12 Jan – Beratus-ratus pelancong terkandas di pulau peranginan Bali hari ini ekoran satu keputusan daripada pihak berkuasa untuk menghentikan penerbangan Tigerair Australia selepas syarikat pe-nerbangan itu didakwa melanggar peraturan Indonesia.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata enam daripada perkhidmatannya di antara Australia dan pulau Indonesia sedang dihentikan pada hari ini dan esok sehari selepas gangguan bermula dengan pembatalan beberapa penerbangan. Kira-kira 700 penumpang terjejas oleh pembatalan hari ini, dan jumlah yang sama terjejas semalam, lapor Australian Broadcasting Corporation.

Tigerair berkata kekacauan adalah berpunca daripada keputusan kerajaan Indonesia untuk “mengenakan syarat-syarat pentadbiran baru untuk operasi penerbangannya di antara Bali dan Australia.”

Bagaimanapun, kementerian pengangkutan Indonesia berkata ia mengambil tindakan tersebut selepas penca-bulan pentadbiran oleh syarikat penerbangan. Ia berkata Tigerair tidak patut menjual tiket di Indonesia untuk penerbangannya. Hanya Virgin Australia, syarikat induk Tigerair Australia, yang dibenarkan menjual tiket, katanya.

“Semua syarikat penerbangan asing mesti mematuhi peraturan kami,” kata jurucakap kementerian Agoes Soebagio dalam satu kenyataan, menambah semua penerbangan Tigerair Australia akan dibatalkan sehingga syarat-syarat telah dipenuhi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA