Ratusan penduduk kampung diperiksa HIV

Ratusan penduduk kampung diperiksa HIV

PHNOM PENH, 22 Feb (AFP) – Pegawai-pegawai kesihatan Kemboja kelmarin telah memeriksa ratusan penduduk kampung untuk HIV selepas 14 daripada penduduk tempatan didapati positif virus itu, mencetuskan kebimbangan wabak jangkitan yang baru.

Kebimbangan penduduk kampung dari Peam, iaitu satu jam ke utara ibu negara Phnom Penh, telah berpusu-pusu ke sebuah rumah di mana sepasukan pegawai kesihatan telah mengambil sampel darah.

Ly Peng Sun, Pengarah Pusat Kebangsaan bagi HIV, berkata langkah untuk menguji seluruh penduduk kampung itu dibuat selepas 14 orang yang diperiksa itu positif HIV pada awal bulan ini.

“Lebih daripada 140 orang telah datang untuk ujian (hari ini) dan keputusan setakat ini menunjukkan sekitar 50 orang yang HIV-negatif,” katanya.

Kadar HIV yang tinggi melanda di kawasan miskin Kemboja tetapi negara itu telah membuat beberapa usaha yang ketara untuk melawan virus itu dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun kebimbangan yang tinggi masih dirasa selepas wabak yang berlaku baru-baru ini di salah sebuah kampung lain telah mengakibatkan lebih 200 orang dijangkiti.

Wabak telah dikesan apabila seorang doktor yang tidak berlesen menggunakan semula jarum suntikan yang kotor dan beliau telah dipenjarakan. Sebahagian daripada mereka diuji positif di Peam dan mereka percaya bahawa mereka telah dijangkiti oleh dari doctor tersebut, berkata penduduk tempatan.

“Penduduk kampung merasa bimbang sekarang. Mereka mengesyaki bahawa doktor mungkin merebakkan HIV,” Phy Sobin, 33, memberitahu kepada AFP melalui telefon selepas dia didapati negatif.

“Saya pernah mendapat suntikan yang banyak daripada doktor. Saya dan dua anak-anak saya disahkan negatif HIV, tetapi suami saya belum diuji lagi,” katanya sambil menambah bahawa ibu saudara beliau yang berusia 67 tahun telah disahkan HIV positif.

Bagaimanapun Ly Peng Sun berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa yang menyebabkan wabak terbaru ini. Doktor yang menyebabkan wabak itu merebak pada kejadian terdahulu di wilayah barat Battambang itu telah dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun, kerana sebahagian daripada beberapa pesakit itu meninggal dunia selepas dijangkiti.

ARTIKEL YANG SAMA