Ratusan penerbangan Southwest Airlines ditangguhkan

Ratusan penerbangan Southwest Airlines ditangguhkan

DALLAS, 21 Julai – Beratus-ratus penerbangan Southwest Airlines di seluruh negara ditangguhkan atau dibatalkan semalam selepas masalah teknologi menghalang ramai penumpang daripada mendaftar masuk atau menaiki kapal terbang.

Southwest mulai menghadapi masalah dengan beberapa sistem komputer selepas bekalan elektrik terputus pada kira-kira 2 petang waktu Central. Southwest menangguhkan kapal terbang di pintu mereka, menurut jurucakap Brad Hawkins. Malah selepas kapal terbang tersebut meneruskan penerbangan, penangguhan akan berlonggok dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Pada lewat malam semalam, syarikat penerbangan menulis di Twitter bahawa ia masih mendaftar masuk penumpang secara manual.

Selama tiga jam, pelawat ke Southwest.com tidak dapat membeli tiket, mendaftar masuk untuk penerbangan, atau memeriksa status mereka. Laman nampaknya beroperasi sekali lagi pada lewat tengah hari, kemudian rosak sekali lagi.

Sejurus sebelum pukul 10 malam waktu Central, Southwest berkata bekalan elektrik yang terputus telah menyebabkan 600 hingga 700 penerbangan dibatalkan dan ditangguhkan. Perkhidmatan penjejak FlightStats Inc meletak jumlah yang lebih tinggi – 400 pembatalan dan 2,000 penangguhan.

Southwest berkata sistem komputer beransur-ansur kembali pulih, tetapi ia mengingatkan pelanggan yang menempah penerbangan pada hari ini supaya memeriksa status penerbangan mereka di Internet dan tiba di lapangan terbang awal disebabkan barisan panjang dijangka di sana.

Pelanggan yang bimbang menulis kepada Southwest di Twitter bahawa mereka tidak dapat mendaftar masuk untuk penerbangan. Leah Boyd dan suaminya, Matt, sedang terbang ke Providence, Rhode Island, tetapi terkandas di lapangan terbang Baltimore selama tiga jam akibat isu mekanikal dengan dua buah kapal terbang berlainan.

Mereka akhirnya menaiki sebuah kapal terbang, tetapi selepas duduk di pintu selama hampir sejam, penumpang diminta keluar disebabkan kerosakan teknologi, kata Boyd. Seterusnya juruterbang habis syif mereka, maka penumpang menunggu untuk kru pengganti.

Pasangan Boyd berakhir membatalkan tempahan mereka dan merancang memandu ke Rhode Island pada hari ini. Leah meramalkan adalah sukar untuk mencari tempat duduk dalam penerbangan lain. “Saya tidak pernah melihat begitu ramai orang di terminal,” katanya.

“Kesemua mereka sedang menunggu tempat kosong dalam kapal terbang.” – AP