Ratusan penerbangan terkandas, Istanbul diselimuti salji tebal

Ratusan penerbangan terkandas, Istanbul diselimuti salji tebal

ISTANBUL, 31 Dis (AFP) – Beratus-ratus penerbangan telah dibatalkan hari ini dari dua lapangan terbang utama Istanbul selepas bandarnya dilanda oleh turunan salji pada hari terakhir tahun ini.

Turunan salji mengakibatkan bandar Ottoman Empire diliputi ketulan-ketulan putih salji yang menutupi kubah masjid dan gunung-gunung di Bosphorus.

Para pelancong berduyun-duyun mengambil pemandangan bandar pada musim sejuk. Namun keadaan jauh berbeza dan kurang menarik bagi para penduduk yang ingin membuat perjalanan di metropolis atau bagi menyambut Tahun Baru.

Pengangkutan kebangsaan Turkish Airlines mengatakan ia telah membatalkan sebanyak 265 penerbangan domestik dan antarabangsa dari Lapangan Terbang Ataturk Istanbul serta 37 di lapangan terbang Sabiha Gokcen di sebelah bandar Asia.

Beberapa buah pesawat udara terkandas di tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, Turki pada 31 Disember. Ratusan penerbangan dalam dan luar Turki dibatalkan kelmarin dan hari ini apabila dua lapangan terbang diselubungi salji tebal. – Reuters

Pengangkut persendirian Pegasus Airlines juga membatalkan 34 penerbangan dalam dan luar dari Sabiha Gokcen.

Istanbul dilanda salji tebal pada awal hari ini, sementara hampir 30 sm salji turun di beberapa bahagian bandar, mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan dan penutupan di beberapa jalan.

Kesemua perkhidmatan feri di seluruh Bosphorus yang membahagi dua Istanbul antara Eropah dan Asia juga telah dibatalkan, menurut pihak berkuasa, turut memberi amaran rakyatnya berhubung perjalanan tidak penting.