Ratusan penghijrah bolos kawalan polis

Ratusan penghijrah bolos kawalan polis

ROSZKE, Hungary, 9 Sept – Kira-kira 400 hingga 500 penghijrah hari ini memecah masuk menerusi sempadan polis di Hungary berhampiran tempat penyeberangan utama dari Serbia, lapor wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Pemecahan masuk itu berlaku berhampiran bandar Roszke tempat penghijrah terpaksa menunggu di sebuah tempat pengambilan sebelum dibawa ke pusat berhampiran untuk pendaftaran.

Mereka yang berlari dari berlainan arah menjerit ‘Tidak mahu kem!’, beberapa daripadanya menuju ke laluan jalan menuju ke Budapest, yang polis tutup sementara selepas itu.

Laluan kenderaan M5 kemudian dibuka semula selepas majoriti penghijrah bersetuju untuk dibawa ke kem pelarian berhampiran.

Hanya sekumpulan kecil daripada mereka terus berjalan ke laluan kenderaan, menurut media tempatan.

Pegawai polis menghentikan sekumpulan penghijrah selepas mereka memecah masuk di tempat pengambilan berhampiran kampung Roszke. – AFP
Pegawai polis menghentikan sekumpulan penghijrah selepas mereka memecah masuk di tempat pengambilan berhampiran kampung Roszke. – AFP

Ia adalah siri terbaru berhubung konfrontasi tegang antara polis dan penghijrah dan pelarian terdesak ketika pihak berkuasa Hungary bergelut untuk menangani beribu-ribu ketibaan baru setiap hari.

Dalam masa 24 jam hingga tengah malam (2200 GMT), seramai 2,770 orang telah dipintas, menurut polis.

Di Roszke, kira-kira 2,529 termasuk 455 kanak-kanak terutamanya warga Syria, Afghan dan Pakistan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA