Ratusan peringati tragedi Germanwings

Ratusan peringati tragedi Germanwings

BARCELONA, 24 Mac (AFP) – Beratus-ratus orang di Sepanyol dan Jerman menyertai perhimpunan berjaga semalam untuk memperingati tragedi Germanwings yang mana seorang juruterbang yang mahu membunuh diri menghempaskan pesawat udara ke arah lereng gunung, yang mengorbankan kesemua 150 penumpang di dalamnya.

Upacara itu diadakan di lapangan terbang di Barcelona dari tempat pesawat udara yang malang itu berlepas pada 24 Mac 2015, dan di Dusseldorf, destinasi tujuannya di barat Jerman.

Plak-plak dalam mengenang mereka yang terbunuh apabila pesawat udara itu terhempas di Pergunungan Alps Perancis telah diperlihatkan di kedua-dua lapangan terbang.

Berbelas-belas anggota keluarga 50 orang mangsa warga Sepanyol, kebanyakan mereka memakai pakaian serba hitam, menghadiri majlis itu di luar Terminal 2, Barcelona sebelum ulang tahun pertama tragedi itu.

Mereka disertai oleh para pekerja perkhidmatan kecemasan yang terlibat dalam operasi mencari dan juga para pegawai tertinggi yang termasuklah pemangku perdana menteri Sepanyol Mariano Rajoy.

CEO Luftansa, Carsten Spohr (kiri) dan CEO Germanwings, Thomas Winkelmann (kanan) tiba di Memorial Vernet, selatan Perancis, semalam untuk menyertai saudara mangsa memperingati ulang tahun pertama tragedi Germanwings yang mengorbankan 15 orang pada 24 Mac 2015. – AFP
CEO Luftansa, Carsten Spohr (kiri) dan CEO Germanwings, Thomas Winkelmann (kanan) tiba di Memorial Vernet, selatan Perancis, semalam untuk menyertai saudara mangsa memperingati ulang tahun pertama tragedi Germanwings yang mengorbankan 15 orang pada 24 Mac 2015. – AFP

Bendera-bendera dikibarkan setengah tiang dan 149 batang lilin dinyalakan dalam mengenang para penumpang dan kru yang terkorban.

Para penyiasat berkata pembantu juruterbang warga Jerman, Andreas Lubitz menanti sehingga dia bersendirian dalam kokpit sejurus selepas penerbangan berlaku dan kemudian dengan sengaja menghempaskan pesawat udara itu.

Juruterbang berusia 27 itu telah dirawat bagi kemurungan dan kecenderungan membunuh diri dan dokumen-dokumen telah dirampas oleh para pendakwa menunjukkan dia menyembunyikan sebahagian sejarah perubatannya dari majikan.

“Kami mahu mengelak berulangnya bencana ini,” kata Silvia Chaves, yang mengetuai pertubuhan bagi mangsa-mangsa Sepanyol.

ARTIKEL YANG SAMA