Ratusan perlu segera dipindahkan di Syria

Ratusan perlu segera dipindahkan di Syria

BANGSA-BANGSA BERSATU, 12 Jan (AFP) – Kira-kira 400 penduduk Syria di ambang kematian dan memerlukan dipindahkan segera dari Madaya bagi menerima rawatan perubatan, Bangsa-Bangsa Bersatu berkata selepas hari penghantaran pertama bantuan tiba dalam beberapa bulan di bandar yang dikepung itu.

Pekerja bantuan mendapati 400 penduduk Syria yang mengalami kebuluran, kekurangan zat makanan dan penyakit-penyakit lain semasa lawatan ke sebuah hospital di Madaya, kata ketua bantuan PBB Stephen O’Brien.

“Kira-kira 400 orang perlu dipindahkan bagi rawatan perubatan untuk menyelamatkan nyawa mereka,” kata O’Brien kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup di Majlis Keselamatan PBB.

“Mereka berada dalam bahaya dan diambang kehilangan nyawa mereka.”

Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta kerajaan Syria dan kumpulan bersenjata mengawal akses bandar itu untuk membolehkan 400 rakyat Syria dapat diangkut keluar dari Madaya, katanya.

Konvoi yang terdiri daripada Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan PBB berkumpul sebelum menuju ke Madaya dari Damsyik, dan Al-Foua dan Kefraya di wilayah Idlib, Syria. – Reuters
Konvoi yang terdiri daripada Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan PBB berkumpul sebelum menuju ke Madaya dari Damsyik, dan Al-Foua dan Kefraya di wilayah Idlib, Syria. – Reuters

Beberapa mam sebelumnya, 44 trak penuh dengan bekalan makanan, susu anak damit, selimut dan bekalan lain berkonvoi untuk memasukki Madaya, yang telah dikepung oleh tentera Presiden Bashar al-Assad selama enam bulan.

Sebanyak 21 trak menyampaikan bekalan ke dua bandar-bandar lain yang dikepung oleh pemberontak Fuaa dan Kafraya.

Persatuan majlis itu bertemu bagi membincangkan keadaan di Madaya dimana penduduk memberitahu wartawan mereka terpaksa makan rumput dan membunuh kucing untuk terus hidup.

Pasukan amal perubatan MSF berkata 28 orang telah mati kebuluran sejak 1 Disember lalu. Duta Amerika Samantha Power berkata “lebih 400 orang berada di ambang kematian yang memerlukan pemindahan perubatan dengan segera” dari Madaya. Pegawai PBB berharap pemindahan dapat dijalankan pada hari selasa.

Kebenaran untuk akses keselamatan perlulah datang daripada “semua pihak yang mentadbir mana-mana laluan yang hendak digunakan, sama ada bagi ambulans atau untuk apa-apa jenis menyelamat udara,” kata O’Brien.

Utusan PBB Syria, Bashar Jaafari menolak laporan kebuluran di Madaya sebagai pemalsuan dan menuduh ‘pengganas dalam’ Bandar untuk mencuri barang-barang.

Britain dan Perancis menyeru untuk mengakhiri pengepungan itu.