Ratusan rumah terbakar

Ratusan rumah terbakar

SAO PAULO, 14 Sept – Satu kebakaran berlaku di kawasan setinggan di pinggir bandar terbesar Brazil semalam, dan pihak berkuasa berkata beratus-ratus orang terpaksa melarikan diri apabila api meranapkan rumah kayu mereka.

Api berjaya dikawal tiga jam kemudian, kata Leftenan Kolonel Roberto Lago daripada Jabatan Bomba Sao Paulo memberitahu pemberita.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan pada kebanyakan kawasan setinggan di Osasco, pinggir bandar Sao Paulo. Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan, katanya.

Anggota bomba cuba memadamkan api di  Osasco, pinggir Sao Paulo, Brazil, kelmarin. – Xinhua
Anggota bomba cuba memadamkan api di Osasco, pinggir Sao Paulo, Brazil, kelmarin. – Xinhua

Gambar yang disiarkan oleh Globo TV menunjukkan kepulan asap awan hitam besar berlegar di kawasan setinggan itu. Pusat penyiaran itu juga menunjukkan para penduduk cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan barang-barang peribadi mereka seperti tilam, barang-barang dapur, komputer dan peti sejuk sebelum api merebak ke rumah mereka.

Akhbar Correio Paulista di Osasco berkata kawasan setinggan itu adalah merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 1,000 orang dengan jumlah 120 buah pondok rumah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA