Ratusan saksikan Pancaragam Armada ke-7 AS

Ratusan saksikan Pancaragam Armada ke-7 AS

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Ratusan orang membanjiri Jerudong Park Amphitheatre dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang disokong oleh Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), malam tadi.

Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut AS adalah sebahagian daripada krew yang berada di Brunei untuk Eksesais Kerjasama Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) 2016 tentera dua hala tahunan ke-22 antara Negara Brunei Darussalam dan AS.

Persembahan itu menyaksikan pancaragam dari kedua-dua angkatan memainkan beberapa lagu popular masa kini dan rata-rata orang ramai berasa terhibur dengan persembahan mereka.

Persembahan pancaragam malam ini juga telah dihadiri oleh kanak-kanak istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pusat SMARTER EDGE dan juga Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA).

Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa memberikan persembahan menarik kepada orang ramai.
Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa memberikan persembahan menarik kepada orang ramai.
Persembahan daripada Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Persembahan daripada Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan malam tadi.
Orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan malam tadi.

ARTIKEL YANG SAMA