Ratusan tentera dikerah

Ratusan tentera dikerah

LASHKAR GAH, Afghanistan, 11 Okt – Afghanistan telah mengerahkan beratus-ratus tentera di Lashkar Gah untuk mengusir para pemberontak Taliban dari bandar strategik itu selepas militan-militan membunuh 14 orang dalam serangan yang dirancang, menurut para pegawai hari ini.

Serangan itu menandakan cubaan terbaru militan-militan untuk menawan bandar wilayah, Helmand, ketika mereka dengan perlahan-lahan semakin bertapak di seluruh wilayah yang kaya dengan hasil candu itu.

“Lebih 300 orang komando dikerah ke bandar itu menghalang kemaraan Taliban,” kata Abdul Jabar Qahraman, utusan khas kerajaan bagi keselamatan di Helmand.

Jurucakap wilayah Omar Zwak memberitahu AFP komando-komando itu telah dihantar dari Kabul dan wilayah-wilayah berhampiran untuk melancarkan ‘operasi pembersihan’ di Lashkar Gah selepas serangan itu, yang membunuh 10 orang anggota polis dan empat orang lagi.

Taliban telah melancarkan pemberontakan ke atas kerajaan Kabul sejak digulingkan daripada berkuasa oleh serangan yang diketuai AS pada tahun 2001.

Anggota polis Afghanistan melihat mayat seorang militan Taliban semasa pertempuran berterusan antara militan Taliban dan pasukan keselamatan Afghanistan di wilayah Helmand kelmarin. – AFP
Anggota polis Afghanistan melihat mayat seorang militan Taliban semasa pertempuran berterusan antara militan Taliban dan pasukan keselamatan Afghanistan di wilayah Helmand kelmarin. – AFP

Mereka telah menggiatkan serangan di seluruh negara yang dicengkam pe-perangan itu dalam beberapa bulan kebelakangan, memberi tekanan kepada pasukan Afghanistan yang menjangkaui di pelbagai barisan hadapan.

Serangan awal pagi semalam bermula dengan pengeboman kereta dalam cubaan untuk mencerobohi kawasan ke-selamatan di Lashkar Gah dan memasuki bandar itu, menurut para pegawai dan penduduk setempat.

Mohammad Radmanish, jurucakap kementerian pertahanan, berkata pasukan keselamatan telah berjaya menangkis serangan dan mengundurkan para pemberontak, tetapi bimbang mereka akan kembali lagi.

“Kami mempunyai pasukan yang mencukupi di sini sekarang. Pasukan tentera udara Afghanistan dan bantuan udara NATO juga membantu pasukan kami,” ujarnya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan para militan telah cuba menyerang bandar-bandar wilayah, dari Kunduz dan Baghlan di utara ke Farah di Barat, tetapi pasukan Afghanistan telah berjaya menangkis serangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA