Ratusan warga emas menari untuk sihat

Ratusan warga emas menari untuk sihat

BEIJING, 1 Mei (Reuters) – Menari beramai-ramai di tempat terbuka dengan gaya orang Cina menyelubungi sekitar hobi-hobi lain bagi orang tua, dengan berjuta-juta orang pergi ke taman-taman dan plaza di seluruh China, menggerakkan pinggul dan tangan mereka – tetapi tidak semua orang menyukainya.

Setiap petang sepanjang tahun, ratusan warga emas berhimpun di kawasan luas terbuka berhampiran Master Centre di barat Beijing, untuk menari bersama pengajar mereka, yang mengajarkan mereka pergerakan melangkah ke sisi dan pusingan untuk membantu mereka terus sihat dan, dalam musim sejuk, untuk terus dapat memanaskan badan mereka.

“Terdapat beberapa faedahnya,” kata Yan Fuzhi, 71 tahun, yang telah menari di kawasan terbuka itu selama lima tahun.

“Pertama, ia membantu saya mengurangkan berat badan, ia baik bagi kesihatan saya dan ia membuang tabiat buruk saya.”

“Biasanya saya duduk menonton TV, yang mana itu tidak baik bagi jantung saya dan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Tetapi saya benar-benar gembira apabila saya menari, mendengar muzik, berbual-bual dan ketawa. Kesemua masalah bagaikan hilang.”

Wang Baorong berusia 79 tahun, berpakaian stail tentera, melakukan gaya tarian di sebuah taman di Beijing, China. – Reuters
Wang Baorong berusia 79 tahun, berpakaian stail tentera, melakukan gaya tarian di sebuah taman di Beijing, China. – Reuters

Tetapi muzik sekarang yang berirama pop hingga yang berdekad-dekad lalu yang berbunyi bising dari alat pembesar suara, itu yang menjadi masalah bagi kebanyakan penduduk, yang merungut mereka tidak boleh tidur pada waktu malam kerana kebisingan itu. Tetapi orang tua yang menari itu tidak ada tempat hendak dituju.

“Timbul tentangan terhadap menari di kawasan terbuka ini. Sesetengah orang tidak suka menari dan menganggapnya sebagai satu gangguan,” kata Zhang Lianmeng, 78 tahun.

“Saya berpendapat negara kita seharusnya menggalakkannya selagi mereka boleh membuat pengaturan tertentu dan memastikan mereka melakukannya di tempat yang sesuai.”

Fan Tiemin, 55 tahun, seorang pengajar berkata kumpulannya adalah yang terbesar di Beijing, dengan kira-kira 500 penari setiap petang – kadang-kadang lebih seribu orang, bergantung pada cuaca.

Agensi berita Xinhua berkata lebih daripada 100 juta orang terlibat di seluruh negara.

“Tidak banyak kerja hendak dilakukan, kini anak-anak mereka telah besar,” katanya. Mereka mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi. Dengan itu mereka perlukan senaman.”