Raya dalam banjir

Raya dalam banjir

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 22 Julai – Keceriaan berhari raya di rumah baru tidak lama bagi sebilangan penduduk rumah berkembar Perumahan Bukit Beruang terutama di Simpang 377 apabila hujan lebat pada malam hari raya ketiga menyebabkan air banjir memasuki rumah.

Salah seorang mangsa banjir yang ditemui, Dayang Maslinayati menceritakan kejadian pada malam itu, yang mana mereka sekeluarga baru sahaja pulang ke rumah.

Menurutnya, pada waktu itu air sudah pun naik dan menutup separuh jalan simpang 377, dan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut kelihatan sibuk mengeluarkan perabot kerana air telah pun masuk ke dalam rumah terutama di tingkat bawah.

Sebaik sampai ke rumah, Dayang Maslinayati memberitahu air telah memasuki rumahnya terutama di bahagian dapur, tandas dan bilik tamu.

Kejadian banjir yang masuk di tingkat bawah di beberapa kawasan rumah kembar Simpang 377, Perumahan Bukit Beruang.
Kejadian banjir yang masuk di tingkat bawah di beberapa kawasan rumah kembar Simpang 377, Perumahan Bukit Beruang.
Ruang dapur rumah Dayang Maslinayati yang dinaiki air banjir pada malam hari raya ke-3.
Ruang dapur rumah Dayang Maslinayati yang dinaiki air banjir pada malam hari raya ke-3.

p01-3_20150723

“Apa yang didapati, air sudah pun masuk ke dalam rumah dan paling mengejutkan air masuk melalui lubang dapur dan tandas,” jelasnya yang mana paras air ketika itu melepasi buku lali.

Sesetengah penghuni rumah kembar di perumahan berkenaan menyatakan perasaan sedih dan bersabar menerima dugaan tersebut.

Salah seorang daripadanya memberitahu, mereka sudah pun membuat aduan kepada pihak berkuasa lebih awal lagi agar tindakan secepatnya dapat diambil namun kejadian ini sudah pun terjadi.

Oleh itu, mereka berharap pihak berkuasa dapat memantau dan bertindak secepatnya terhadap masalah yang dihadapi oleh penghuni rumah kembar Perumahan Bukit Beruang khususnya di simpang 377 agar kejadian tersebut tidak berulang lagi terutama pada waktu hujan lebat yang bila-bila masa boleh berlaku.

Seorang lagi penghuni rumah kembar di kawasan berkenaan berkata banjir berlaku disebabkan air hujan lebat bertakung di saluran longkang utama yang tersumbat dan menyebabkan saluran longkang kecil tidak dapat menampung air hujan lebat.

ARTIKEL YANG SAMA