Raya Lip Lap Lip Lap PCSB

Raya Lip Lap Lip Lap PCSB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Ganbar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB) hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Raya bertemakan Lip Lap Lip Lap yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club petang tadi.

Majlis yang berlangsung pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang tadi itu telah dihadiri oleh lebih 100 orang para jemputan yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan korporat, pegawai dan kakitangan daripada pihak kerajaan dan swasta serta pelanggan-pelanggan Progresif.

Hadir mengalu-alukan para tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif PCSB, Paul Hyde bersama kakitangan Progresif.

Awang Abdul Mutalib (tengah), Paul Hyde bersama para tetamu yang hadir di majlis itu.
Awang Abdul Mutalib (tengah), Paul Hyde bersama para tetamu yang hadir di majlis itu.
Para jemputan ketika disajikan hidangan istimewa seperti ambuyat.
Para jemputan ketika disajikan hidangan istimewa seperti ambuyat.
Antara para tetamu yang menghadiri Sambutan Raya PCSB bertemakan Lip Lap Lip Lap.
Antara para tetamu yang menghadiri Sambutan Raya PCSB bertemakan Lip Lap Lip Lap.

Menurut Paul Hyde, dalam kenyataan yang diberikan, Sambutan Hari Raya ini merupakan salah satu usaha PCSB untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan para pelanggan setia mereka.

Di samping itu juga ia merupakan salah satu penghargaan para pelanggan, ahli-ahli korporat, pegawai dan kakitangan daripada pihak kerajaan dan swasta yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada PCSB.

Para jemputan yang hadir dihiburkan lagi dengan persembahan guling tangan dan nyanyian serta pondok gambar bagi merakam gambar kenangan.