Raya menyemai kepentingan ziarah

Raya menyemai kepentingan ziarah

TEMBURONG – Bulan Syawal yang hampir tiba di penghujungnya masih lagi rancak diraikan, turut sama menyambutnya adalah Bahagian Agihan Zakat, Jabatan Hal Ehwal Ugama (JHEU) Daerah Temburong yang mengadakannya di Bangunan Baru JHEU, Pekan Bangar, baru-baru ini.

Hadir di majlis itu ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Abdul Aziz bin Haji Akob; Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Azimin bin Haji Metali; Pemangku Ketua Bahagian Agihan Zakat KHEU, Hajah Jurinah binti Haji Abu Bakar, serta pegawai dan kakitangan Bahagian Agihan Zakat cawangan daerah ini.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Abdul Aziz bin Haji Akob yang disusuli dengan ucapan ringkas. Antara yang diucapkan dalam majlis tersebut ialah mengenai kepentingan ziarah di mana menurut beliau majlis seumpamanya merupakan satu wadah memperkasa kesetiakawanan dan menyemai tali silaturahim dalam mendukung hasrat jabatan berkenaan dalam mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan penuh berhemah.

Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Majlis Ugama Brunei tersebut seterusnya menziarahi saudara-saudara baru di Rumah Bahagia Kampung Semabat, Mukim Bokok Daerah Temburong. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Menikmati hidangan Ramah Mesra Hari Raya. - Gambar Noorhamizan
Menikmati hidangan Ramah Mesra Hari Raya. – Gambar Noorhamizan

ARTIKEL YANG SAMA