Raya tetap meriah

Raya tetap meriah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

SUASANA kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri sangat meriah lagi apatah lagi dengan amalan kunjung mengunjungi ke jemputan di rumah terbuka.

Baru-baru ini, beberapa ahli-ahli PeSTAB telah bersama-sama meraikan suasana Hari Raya beramai-ramai dengan berdudun dan berhari raya ke rumah terbuka Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Hajah Aminah binti Haji Momin.

Rombongan PeSTAB telah diketuai oleh Pengerusi Pestab, Awang Serudin bin Awang Damit dan Penasihat PeSTAB, Pengiran Hajah Maskuin binti Pengiran Haji Mohammad.

Ahli-ahli Pestab bergambar ramai berhari raya di rumah terbuka Pengarah Dewan Bahasa.
Ahli-ahli Pestab bergambar ramai berhari raya di rumah terbuka Pengarah Dewan Bahasa.