Rayu semakan semula kes kematian

Rayu semakan semula kes kematian

DOHA, 22 Nov (AFP) – Peguam Negara Qatar mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan beberapa orang, termasuk diplomat, atas insiden kebakaran di sebuah pusat membeli-belah yang menyebabkan 19 orang mati, lapor media.

Ali bin Fetais al-Marri memohon semakan rayuan semula Mahkamah bulan lepas, yang menolak sabitan terhadap beberapa orang sepanjang Mei 2012 di atas insiden kebakaran yang mengorbankan 13 kanak-kanak.