Rayuan biayai percutian tarik perhatian

Rayuan biayai percutian tarik perhatian

SYDNEY, 12 Ogos – Seorang ayah warga Australia berasa begitu bosan dengan faedah istimewa perjalanan dibiayai pembayar cukai yang diberikan kepada para ahli politik sehingga dia meminta mereka membiayai percutian keluarganya telah menerima respons sangat banyak daripada orang awam.

Ayah kepada tiga orang anak itu, Stephen Callaghan membuat halaman GoFundMe, bertajuk “Please Pay For My Kids’ Holiday” (Tolong bayarkan percutian anak-anak saya) meminta ahli politik persekutuan supaya memberikan anak-anaknya hak perjalanan sama yang mereka sendiri terima.

Callaghan tidak meminta derma dari orang awam, tetapi mereka kini telah menyumbang lebih Aus$6,000 bagi tujuannya itu, melebihi sasarannya, Aus$5,000.

“Kamu telah membuatkan setiap ahli politik Australia berasa malu,” dia menulis di halaman itu semalam.

Di blognya, Callaghan menulis bahawa kemarahan masyarakat berhubung hak perjalanan yang diberikan kepada ahli politik Australia telah dimulakan oleh speaker pada masa itu Bronwyn Bishop yang menggunakan helikopter bagi perjalanan dekat pada kos Aus$5,000, tetapi bertambah ketika hak lain timbul.

Stephen Callaghan berkata beliau mahu menggunakan sebahagian wang sumbangan itu untuk membolehkannya membawa tiga anaknya membuat kunjungan ke Uluru (gambar atas) di bahagian tengah Australia. – AFP
Stephen Callaghan berkata beliau mahu menggunakan sebahagian wang sumbangan itu untuk membolehkannya membawa tiga anaknya membuat kunjungan ke Uluru (gambar atas) di bahagian tengah Australia. – AFP

“Kemarahan terhadap kebiasaan yang mana ahli politik membelanjakan wang kami membawa anak-anak mereka menggunakan kelas perniagaan, saya memulakan GoFundMe dan ia meraih sedikit minat,” dia menulis.

“Saya telah membangkitkan lebih banyak dari yang saya jangkakan, memandangkan saya tidak menjangka mengumpul sebarang wang sama sekali,” katanya, sambil menambah kebanyakan sumbangan datangnya daripada orang biasa,” yang juga berasa bosan seperti saya.”

Menurutnya, dia akan menyimpan beberapa jumlah wang supaya boleh membawa tiga orang anaknya membuat lawatan ke Uluru di bahagian tengah Australia, seperti yang telah lama dirancang dan akan melabur dalam penyediaan tayar lebih selamat bagi perjalanan jauh kereta.

“Tetapi kami akan membuat sumbangan besar (lebih 50 peratus) bagi pihak anda kepada Stewart House,” ujarnya, dengan merujuk kepada badan amal Sydney yang memberikan murid sekolah yang memerlukan rehat dari kehidupan seharian mereka.

Callaghan berkata perjalanan ke Uluru bersama rakan keluarga akan masih diteruskan dan telah berjanji kepada pengikut-pengikutnya di media sosial akan memberi kemas kini tentang perjalanan empat orang dewasa dan tujuh orang kanak-kanak dengan “satu tandas kimia mudah alih antara kami yang ramai.” – AFP