Rayuan dan hukuman kes rasuah ditangguhkan

Rayuan dan hukuman kes rasuah ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160627_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun- Mahkamah Majistret, semalam, sekali lagi menangguhkan hujahan rayuan dan hukuman terhadap seorang pegawai bomba dan pengarah urusan sebuah syarikat yang didapati bersalah atas pertuduhan rasuah apabila seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Peguam Yusof Halim yang mewakili Penolong Penguasa Bomba, Wadi bin Haji Tuah memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini, dan mungkin memerlukan pembedahan segera.

Wadi didapati menerima rasuah berupa 550 jubin homogen yang bernilai $605 dan dua tan simen daripada Pengarah Urusan Syarikat Pro-Team Construction & Trading Sdn Bhd, Yap Tiew Hon.

Yap Tiew Hon pula didakwa bersubahat dengan Wadi yang bertanggungjawab untuk memeriksa dan meluluskan projek pembangunan perumahan yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.

Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu pada November 2011.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Bahar membenarkan penangguhan dan menetapkan 30 Jun untuk sebutan.