Rayuan kes rogol berkumpulan hari ini

Rayuan kes rogol berkumpulan hari ini

NEW DELHI, 20 Dis (AFP) – Mahkamah Tinggi India akan mendengarkan rayuan terhadap pembebasan seorang penyerang dalam kejadian rogol berkumpulan pada tahun 2012 ke atas seorang pelajar, yang telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, selepas badan hak asasi wanita memfailkan rayuan selepas tengah malam semalam.

Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi pada pukul 1 pagi, yang memohon pengekalan, beberapa jam sebelum banduan itu dibebaskan selepas menjalani hukuman maksimum tiga tahun bagi pesalah juvenil.

Mahkamah akan menerima rayuan itu esok, sementara menunggu yang Maliwal harap pesalah itu tidak akan dibebaskan.

“Mahkamah Tinggi menerima rayuan kita. Perkara disenaraikan pada Isnin sebagai perkara No 3. Kes sedang dipertimbangkan kini,” menurut Maliwal di Twitter.

“Perogol itu seharusnya tidak dibebaskan sehingga kes itu didengarkan.”

Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal. – Agensi
Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal. – Agensi

Penyerang itu adalah yang paling muda dalam sekumpulan lelaki yang dengan kejam menyerang pelajar berusia 23 tahun itu di dalam bas dalam tahun 2012, yang mencetuskan kemarahan sejagat dan bantahan di India terhadap tahap tinggi keganasan negara itu ke atas kaum wanita.

Lelaki itu telah dihantar ke pusat pemulihan selama tiga tahun di bawah undang-undang juvenil India sementara empat orang lagi disabitkan dengan kesalah dan telah dijatuhi hukuman mati pada tahun 2014. Rayuan banduan itu terhadap penghukuman gantung belum selesai di Mahkamah Tinggi.

Pelajar perempuan itu telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dua minggu selepas serangan itu, yang secara terbuka telah didedahkan namanya oleh ibunya pada memperingati tiga tahun kematiannya minggu lalu, dalam usaha untuk menamatkan stigma yang dihadapi oleh mangsa-mangsa serangan seks di India.

Di bawah undang-undang India, identiti mangsa rogol tidak didedahkan meskipun selepas kematian meskipun mangsa-mangsa dan keluarga mereka boleh mengetepikan hak kepada ketanpanamaan atau anonimiti.

Ibu bapa dan kumpuan hak asasi wanita telah membantah pembebasan penyerang paling muda itu, terutamanya dengan alasan tidak jelas jika lelaki itu telah menjadi lebih baik dan bersedia untuk berintegrasi semula dengan masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA