Rayuan perasuah ditolak

Rayuan perasuah ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Mahkamah Tinggi, baru-baru ini, menolak permohonan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan warga Malaysia untuk mendapatkan pembatalan perintah Mahkamah Majistret yang enggan memberinya penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan selepas disabit atas pertuduhan rasuah.

Puah Heng Yew didapati bersalah oleh Mahkamah Perantaraan pada 8 September 2015 kerana memberi rasuah kepada Juruukur Agung, Haji Mohammed Jamil bin Haji Mohd Ali, dan dijatuhi empat tahun penjara berkuat kuasa 16 September 2015.

pg06_160409_mahkamah logo2

Sebelum keputusan dibuat Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya Aldila binti Haji Mohd Salleh dalam hujahannya antara lain berkata, tidak ada sebab-sebab khusus untuk tertuduh memohon penangguhan hukuman.

Hakim Dato Paduka Steven Chong bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, dan menolak permohonan tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA