Rayuan perogol ditolak

Rayuan perogol ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Rayuan seorang anggota beruniform untuk mendapatkan pengurangan hukuman bagi kesalahan merogol seorang perempuan di bawah umur ditolak oleh Mahkamah Rayuan sebaliknya mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan.

Mohammad Amirol bin Haji Abdul Razak didapati bersalah selepas perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi pada April 2016 kerana merogol seorang perempuan berusia 13 tahun di Kelab Corporal, Tutong Kem pada Ogos 2014.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell ketika bersidang memutuskan bahawa hukuman 15 tahun itu tidak boleh dipertikaikan dan wajar dikekalkan, yang mana mangsa ketika itu berusia 13 tahun dan tanpa kerelaannya telah diperdaya untuk pergi ke kelab tersebut.

Manakala Mohammad Amirol berusia 30 tahun ketika kejadian telah memakai pakaian seragam dan telah melanggar undang-undang serta mengkhianati kepercayaan diberikan kepadanya hanya untuk mendapatkan keinginannya, kata tiga panel hakim tersebut.