Rayuan perogol ditolak

Rayuan perogol ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160514_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Mahkamah Rayuan di sini, baru-baru ini menolak permohonan seorang lelaki warga Malaysia untuk mendapatkan pengurangan hukuman atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah umur, kesalahan memasuki Brunei secara haram dan rogol.

Mohammad Nizam bin Mohammad Sahari kini berusia 36 tahun mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan itu di mana dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun tiga bulan dan 14 kali sebatan.

Hakim yang bersidang, John Barry Mortimer, Michael Peter Burrell dan Conrad Seagroatt menolak permohonan itu atas sebab tertuduh hanya menghadapkan notis rayuan pada September 2015 di mana notis itu lebih dua tahun lewat selepas hukuman dijatuhkan.

Notis rayuan perlu dihadapkan 28 hari selepas hukuman dijatuhkan, kata Hakim.

Mohammad Nizam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada September 2012 kerana melakukan hubungan seks dengan perempuan berusia 13 tahun, sekitar Ogos dan September 2012. Dia didakwa melakukan hubungan seks sebanyak dua kali dengan mangsa selepas berkenalan dengannya melalui media sosial Facebook.

Dia juga didakwa memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Dia juga dituduh memperkosa seorang perempuan berusia 12 tahun pada November 2011, juga selepas berkenalan dengan mangsa melalui Facebook.

ARTIKEL YANG SAMA