Rayuan S’pura 800 kuota haji

Rayuan S’pura 800 kuota haji

SINGAPURA, 12 Feb – Singapura merayu untuk peningkatan kuota rasmi haji kepada 800 dari 680 setiap tahun, Channel News Asia melaporkan. Perkara itu dinyatakan dalam surat yang ditujukan kepada Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata portal berita.

Menurut laporan itu, Menteri Perhubungan dan Penerangan Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri yang mengendalikan Hal Ehwal Masyarakat Islam, telah menyampaikan surat itu kepada Menteri Arab untuk Haj Dr Bandar Mohammed Hajjar semasa mesyuarat kelmarin.

Formula asal untuk kuota haji telah diputuskan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1987 (kini Pertubuhan Kerjasama Islam) dan disandarkan kepada 0.1 peratus daripada penduduk Islam tempatan, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA