Rayuan terhadap tragedi Costa Concordia

Rayuan terhadap tragedi Costa Concordia

FLORENCE, Itali, 28 April – Kapten Costa Concordia, Francesco Schettino hari ini memulakan perjuangannya untuk mengelak penjara kerana mengakibatkan bencana kapal persiaran pada tahun 2012 di perairan Itali yang mengorbankan 32 jiwa.

Pada Februari 2015 Schettino telah dijatuhi hukuman penjara 16 tahun sebulan selepas hakim memerintahkan bahawa kecuaiannya telah mengakibatkan nahas berikutnya selepas kapal itu melanggar batu besar dalam air di perairan Giglio, pulau Tuscan.

Pelaut berusia 55 tahun itu yang belum lagi memulakan penghukumannya berkata dia telah seorang dipersalahkan di atas bencana itu dan akan memohon bagi pembatalan penyabitan mengakibatkan kematian dalam rayuan yang bermula hari ini dan sekurang-kurangnya akan berjalan hingga Mei.

Pihak pendakwaan secara serentak merayu hukuman tahun lalu, dengan menegaskan bahawa Schettino seharusnya dijatuhi hukuman penjara 26 tahun. Ketika perbicaraan pertamanya yang berjalan selama 19 bulan Schettino dituduh menunjuk-nunjuk apabila dia mengemudi kapal terlalu dekat dengan pulau itu dan terganggu kerana dia melayan seorang penari kelab malam.

Dia disabitkan dengan banyak kesalahan mengakibatkan kematian, mengakibatkan kemalangan maritim dan meninggalkan kapalnya sebelum semua penumpang dan krew telah dipindahkan, yang menyalahi kod kelasi yang telah berkuat kuasa berabad-abad lamanya. – AFP

Gambar fail bertarikh 17 Januari 2012 menunjukkan kapal pelayaran Costa Concordia karam di perairan pulau Giglio. – AFP
Gambar fail bertarikh 17 Januari 2012 menunjukkan kapal pelayaran Costa Concordia karam di perairan pulau Giglio. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA