Rayuan tidak dihukum ditolak

Rayuan tidak dihukum ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini menolak rayuan seorang lelaki tempatan untuk tidak dikenakan hukuman denda dan larangan memandu.

Mohammad Iswandy bin Sallehie sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret pada 23 Julai 2015 atas dua pertuduhan memandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah mansuh dan tidak dilindungi insurans pada 23 September 2014.

pg06_151007_mahkamah logo2

Defendan dikenakan denda $1,000 atau berdepan satu bulan penjara jika gagal membayar dan tidak dibenarkan memandu mana-mana kenderaan selama satu tahun. Ketua Hakim, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli ketika menolak rayuan itu berkata, hukuman denda yang dijatuhi oleh majistret adalah berpatutan.

Alasan yang diberikan oleh defendan yang mengatakan bahawa isterinya sedang hamil dan sukar baginya untuk membawa ke klinik dan juga mendapatkan wang sampingan sebagai pemandu tidak termasuk dalam ‘sebab-sebab khas’ yang perlu dipertimbangkan.

ARTIKEL YANG SAMA