RB lantik semula Happy Marketer

RB lantik semula Happy Marketer

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah melantik semula agensi pemasaran digital Happy Marketer sebagai agensi digital globalnya bagi menyediakan Google Analytics, SEO, pemasaran e-mel dan perkhidmatan pengiklanan online untuk RB dalam tempoh dua tahun akan dating.

Pengurus Besar Eksekutif Jualan dan Pemasaran RB, Brett McDougal mengatakan Happy Marketer akan terus membantu syarikat penerbangan itu bagi strategi-strategi jelas, bukan sahaja untuk menjana skala pasaran menyeluruh sasaran pasaran melalui cara yang lebih efisien daripada segi kos. RB berbangga dapat meneruskan usaha sama yang diharap mendatangkan hasil pada tahun-tahun akan datang.

Happy Marketer telah menjadi agensi pemasaran digital RB sejak Februari 2014. Kedua-dua syarikat ini telah menambah tempahan dengan 38 peratus dari tahun sebelumnya menerusi pelbagai strategi pemasaran digital.

Pengurus Happy Marketer, Rachit Dayat mengatakan, “Kami merasa teruja untuk meneruskan hubungan yang telah lama terjalin ini dengan RB. Kami berbangga dapat menjadi rakan kongsi perkhidmatan pemasaran digital dengan mereka dan berhasrat membawa jenama RB ke peringkat online lebih tinggi.”

ARTIKEL YANG SAMA