RB larang penumpang guna Samsung Galaxy Note 7

RB larang penumpang guna Samsung Galaxy Note 7

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah mengeluarkan larangan ke atas penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam penerbangannya atas sebab-sebab keselamatan.

RB dalam pengumuman yang dimuat naik dalam laman sesawangnya berkata, penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecas telefon model itu ketika dalam penerbangan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan itu lagi, peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah diperiksa.

Tindakan RB adalah mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.

rb-airlines

ARTIKEL YANG SAMA