RB Leipzig kecundang lagi

BERLIN, 19 Mac – Pasukan di tempat kedua RB Leipzig kecundang 3-0 di Werder Bremen semalam, mengalami kekalahan mengejut berturut-turut Bundesliga dan memberikan Bayern Munich peluang untuk melebarkan lagi pendahuluan mereka kepada 13 mata.

Gergasi Bavaria itu memulakan perlawanan hujung minggu dengan kelebihan 10 mata dalam kemaraan mereka untuk merangkul gelaran kelima berturut-turut, akan berkunjung ke Borussia Moenchengladbach tengah malam Isnin.

Manakala Leipzig yang telah memulakan musim Bundesliga dengan rekod 13 perlawanan tanpa kalah, cabaran memburu gelaran musnah berikutan empat kekalahan berturut-turut dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.

“Kami bermula dengan baik, tetapi kemudian anda dibolosi dengan gol pertama daripada percubaan pertama mereka,” kata jurulatih Leipzig, Ralp Hasenhuettl.

“Kami tidak boleh bergantung pada momentum, nasib, seperti yang kami lakukan di separuh pertama musim.”

Antara aksi perebutan bola antara di antara Claudio Pizarro (kiri) dari Werder Bremen dan pemain Leipzig, Dayot Upamecano. – AP
Antara aksi perebutan bola antara di antara Claudio Pizarro (kiri) dari Werder Bremen dan pemain Leipzig, Dayot Upamecano. – AP

Selepas tewas 1-0 di laman sendiri kepada Wolfsburg hujung minggu lepas, Leipzig rebah lagi di Bremen apabila pemain antarabangsa Austria, Zlatko Januzovic menjaringkan gol pembukaan dan membantu bagi gol kedua.

Kekecewaan Leipzig diburukkan lagi dengan pertahanan mereka dipecahkan apabila Fin Bartel menerajui serangan balas dan Florian Kainz menolak masuk gol ketiga di minit ke-90.

Kesemua tiga gol Bremen telah dijaringkan oleh pemain Austria, satu lagi realiti pahit yang diterima Leipziq, yang telah ditaja oleh gergasi minuman tenaga dari Austria, Red Bull. – AFP