RB menang Anugerah Kandungan Terbaik

RB menang Anugerah Kandungan Terbaik

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), baru-baru ini, telah diumumkan sebagai pemenang Kempen Inovatif Media Pelancongan dan penerima Anugerah Kandungan Terbaik Tahunan pada Majlis Anugerah Media Pelancongan yang berlangsung di St Pancras Renaissance Hotel, London.

Menurut kenyataan RB, di sini, anugerah berprestij ini diterima bagi kempen kerjasama media sosial untuk mempromosikan RB dan Brunei sebagai pintu masuk ke Pulau Borneo, lebih khusus kempen yang mengetengahkan Borneo sebagai destinasi berbulan madu yang ideal bagi pasangan yang baru berkahwin dengan RB sebagai penerbangan pilihan.

Dihakimi oleh tokoh-tokoh industri pelancongan yang paling berpengaruh di United Kingdom (UK) dan penulis pelancongan terkemuka, kempen kemenangan RB dipilih daripada kalangan pesaing-pesaing besar termasuk Royal Caribbean International dan Pejabat Pelancongan Sepanyol.

Kempen yang selama enam bulan di antara November 2014 dan April 2015 itu telah dilihat lebih 52 juta kali di seluruh rangkaian media sosial. RB bekerjasama rapat dengan duta rangkaian blogger antarabangsa, agensi PR Good Relations yang berpangkalan di UK iaitu dan ejen-ejen pelancongan setempat dalam menjadikan promosi itu berjaya.

Beberapa blogger pelancongan, makanan dan perkahwinan yang berpengaruh dari UK telah berkunjung ke Brunei kemudian sekitar Borneo menggunakan penerbangan RB.

Para blogger berkenaan telah mendokumentasikan pengalaman positif mereka menaiki penerbangan berkenaan dan ke destinasi-destinasi menerusi satu siri blog dan aktiviti-aktiviti media sosial.

“Ini telah terbukti sebagai kempen yang sangat berkuasa dalam mempromosikan RB dan Brunei sebagai pintu masuk ke Borneo. Kami gembira untuk menerima anugerah berprestij ini,” Timbalan Pengerusi RB, Dermot Mannion dipetik sebagai berkata.

ARTIKEL YANG SAMA