RB perkenal hiburan baru

RB perkenal hiburan baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah memperkenalkan ‘RB Impian: Cloud Streaming in the Skies’ untuk penumpang di laluan serantau terpilih menggunakan pesawat RB yang baru, Airbus A320ceo.

Untuk mengalami sendiri RB Impian, penumpang perlu memuat turun aplikasi mudah alih ‘RB Entertainment Player’ yang boleh didapati di Apple Store dan Google Play sebelum menaiki penerbangan.

Audio dan video streaming akan diaktifkan di udara dan penumpang dapat mengakses lebih banyak filem, rancangan TV dan muzik dari peranti mudah alih mereka.

“Inisiatif ini membolehkan kami menyediakan penumpang dengan pilihan hiburan tambahan semasa penerbangan. Perkhidmatan percuma ini membolehkan penumpang menggunakan peranti mereka menikmati program-program hiburan pilihan atau atas permintaan.

“RB berusaha untuk menyediakan perkhidmatan inovatif dan peribadi kepada penumpang supaya mereka sentiasa merasai pengalaman yang menakjubkan bersama RB.

“Ia adalah untuk kebaikan pelanggan kami, RB dan persekitaran daripada pelepasan karbon yang kurang kerana pesawat yang lebih ringan dan kurang penggunaan bahan api,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand.

Para penumpang boleh melayari laman sesawang www.flyroyalbrunei.com atau media sosial RB untuk mendapatkan maklumat terperinci bagaimana untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA