RB terima tajaan dari BIACC

RB terima tajaan dari BIACC

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Pasukan bola sepak veteran Royal Brunei (RB) yang sedang beraksi dalam Piala Presiden Liga Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST, mendapat suntikan semangat menerima tajaan jersi baru dari Brunei International Air Cargo Centre (BIACC), hari ini.

Hadir menerima tajaan pada majlis yang berlangsung di Pusat Latihan RB ialah Pengurus Pasukan Veteran RB, Haji Omar Ali bin Haji Mohd Daud. Tajaan disampaikan oleh Pengurus Perkhidmatan Pelanggan dan Operasi BIACC, Haji Damit bin Haji Abdul Rahman yang mewakili Pengarah Urusan BIACC, Ariffin bin Haji Emran.

Turut hadir ialah Penolong Pengurus Pasukan Veteran RB, Haji Marzuki bin Haji Kaleng serta para pemain pasukan berkenaan.

Dalam dua perlawanan liga, Pasukan Veteran RB baru-baru ini berjaya menewaskan Pasukan Muara Spurs 1-0 dan seri 0-0 menentang Pasukan Kementerian Pembangunan.

Haji Damit (kiri) menyerahkan tajaan jersi dari BIACC kepada Haji Omar Ali (kanan).
Haji Damit (kiri) menyerahkan tajaan jersi dari BIACC kepada Haji Omar Ali (kanan).

ARTIKEL YANG SAMA