RB teruskan kemaraan

RB teruskan kemaraan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RBA) mengesahkan kemaraannya ke peringkat kedua Kejohanan Bola Keranjang NBT di dalam Sukan Ria Antara Syarikat 2016 apabila berjaya menewaskan pencabar terdekatnya dalam Kumpulan A iaitu Pasukn Rentokil dengan mata 101 – 73.

Kejayaan itu membolehkan Pasukan RB mengiringi Pasukan Istana Maintenance Department yang berada di persada Kumpulan A setelah mengalahkan Pasukan Fashion Furniture and Construction Co Sdn Bhd dengan mata 71 – 94, semalam.

Jurulatih dan juga pemain bagi Pasukan RB, Kenny Lim Han Chuan ketika ditemui menegaskan perasaan teruja melihat persembahan permainan dan berbangga dengan kejayaan mereka mara ke peringkat seterusnya.

Menurutnya antara kelebihan Pasukan RB adalah dari aspek ketinggian badan yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukannya untuk menguasai permainan.

Antara aksi ketika perlawanan antara RB dan Rentokil.
Antara aksi ketika perlawanan antara RB dan Rentokil.

Pada suku pertama dan kedua, RB tampak lebih garang untuk membuat serangan pantas dan mula menunjukkan corak bertahan apabila masuk suku ketiga dan keempat yang menyebabkan Pasukan Rentokil kian giat mengasak pertahanan RB yang dikemudi oleh dua beradik, Kenny dan Jimmy Lim Han Ern.

“Peringkat seterusnya mungkin akan lebih mencabar dan kami akan terus berusaha meneruskan perjuangan kami, meskipun ini kali pertama kami melangkah jauh dari peringkat kumpulan.” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA