RBC bersih kubur, hulur sumbangan

RBC bersih kubur, hulur sumbangan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

TUTONG, 5 Jun – Sempena kedatangan bulan Ramadan 1437H dan sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikannya, Syarikat Royal Brunei Catering (RBC) baru-baru ini mengadakan kempen kebersihan dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelugos.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengurus Besar RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan yang turut disertai wakil RBC yang terlibat menjayakan majlis berkenaan di samping jemaah masjid dan penduduk kampung terdekat.

Selain melakukan kerja amal membersihkan tanah perkuburan Islam di sana, rombongan turut berpeluang menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada tujuh buah keluarga serta sumbangan berupa wang tunai kepada anak-anak yatim di kampung berkenaan, yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Kempen kebersihan yang diselajurkan dengan bacaan tahlil di tanah perkuburan tersebut.
Kempen kebersihan yang diselajurkan dengan bacaan tahlil di tanah perkuburan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA