RBC buka restoran baru

RBC buka restoran baru

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Royal Brunei Catering (RBC) akan mengembangkan operasinya bagi memenuhi permintaan di negara ini dengan pembukaan restoran barunya The Horizons Seafood Restaurant, konsep restoran makanan laut mewah yang dijangka dibuka pertengahan tahun ini.

Sehubungan itu, baru-baru ini, RBC telah menandatangani perjanjian dengan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bagi menyewa Blok H Kompleks Yayasan selama lima tahun di mana restoran itu akan ditempatkan.

Menandatangani perjanjian bagi pihak Yayasan pada majlis yang berlangsung di Restoran Dynasty ialah Pengarah Urusan, Haji Brahim bin Haji Ismail dan RBC diwakili oleh Pengurus Besar, Awang Ahmad Husaini bin Hassan.

RBC berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menyediakan tempat yang luar biasa bagi tetamu dapat menikmati pengalaman menjamu selera.

Haji Brahim (kanan) ketika menyerahkan perjanjian penyewaan kepada Awang Ahmad Husaini.
Haji Brahim (kanan) ketika menyerahkan perjanjian penyewaan kepada Awang Ahmad Husaini.

ARTIKEL YANG SAMA