RBC sertai Bazar Ramadan

RBC sertai Bazar Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Restoran Makanan Segera Express dan Fish & Co yang merupakan anak syarikat Royal Brunei Catering (RBC), buat julung-julung kalinya menampilkan set hidangannya di Bazar Ramadhan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Kompleks Aman di Kampung Sungai Tilong.

Set-set hidangan yang ditawarkan berupa Kambing Barakah, Pasembur Penang, Bubur Lambuk Daging Tetel, Nasi Goreng Indonesia, Fish & Co Signature Nasi Lemak, Grilled Cajun Fish with Lemon Butter Sauce dan Paella Rice dan juga Spaghetti Pomodoro dengan harga berpatutan.

Menurut kenyataan RBC, menyertai bazar di Kompleks Aman merupakan salah satu inisiatif RBC memandangkan tempat berkenaan sangat unik untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan di bulan puasa yang pasti akan membangkitkan selera para pengunjung dengan menu juadah berbuka puasa.

Ahli RBC bersama kakitangan Makanan Segera Express dan Fish & Co bergambar ramai di Bazar Ramadan Stadium.
Ahli RBC bersama kakitangan Makanan Segera Express dan Fish & Co bergambar ramai di Bazar Ramadan Stadium.

Di Kompleks Aman itu, Express akan menawarkan juadah berbuka seperti burger, ayam goreng, Fish & Chip, Spaghetti Bolognise, Chicken Pie, dan banyak lagi.

Menurut Perhubungan Awam di RBC, Zura Hassim berkata, ini merupakan kali pertama RBC menyertai Bazar Ramadan ini di Stadium dan Kompleks Aman Sungai Tilong. Sebanyak 10 peratus hasil jualan nanti akan disumbangkan kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.