RBC sumbang bubur Lambuk

RBC sumbang bubur Lambuk

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Syarikat Royal Brunei Catering (RBC) hari ini mengadakan majlis penyerahan sumbangan Bubur Lambuk kepada pesakit serta ahli keluarga di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong dan Pusat Kesihatan Jerudong Park .

Acara berkebajikan itu adalah antara pengisian bulan Ramadan yang akan dibuat pada setiap hari Jumaat di dalam bulan penuh keberkatan ini sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial dan korporat RBC.

Menurut kenyataan RBC pengagihan bubur berkenaan tidak terhad kepada warga Brunei dan mereka yang beragama Islam sahaja kerana ia dikhaskan bagi semua pesakit dan ahli keluarga di ketiga-tiga hospital dan pusat perubatan yang terlibat.

Hadir menyempurnakan majlis pengagihan bubur berkenaan adalah Pengurus Besar RBC, Ahmad Husaini Hassan, Pegawai Operasi Korporat RBC, Leftenan Kolonel (B) Haji Salleh bin Haji Suhaili serta warga pentadbiran dan kakitangan RBC yang lain.

Pengurus Besar RBC dan Pegawai Operasi Korporat RBC ketika menyerahkan bubur berkenaan kepada pesakit.
Pengurus Besar RBC dan Pegawai Operasi Korporat RBC ketika menyerahkan bubur berkenaan kepada pesakit.

ARTIKEL YANG SAMA