RBC tawar 8 jenis hidangan itik istimewa

RBC tawar 8 jenis hidangan itik istimewa

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Bermula 4 Januari yang lalu sehingga 31 Januari ini, Royal Brunei Catering (RBC) melalui Restoran Dynasty, di Hotel Centrepoint, Gadong, menawarkan lapan jenis hidangan itik istimewa buat pelanggan setianya, eksklusif bagi bulan Januari ini.

Hidangan itik yang ditawarkan termasuk ‘Peking Duck Delight’, ‘Eight Treasure Duck’, ‘Braised Duck with Plum Sauce’, ‘Pi Pa Duck’, ‘Stew Duck with Homemade Sauce’, ‘Heong Su (Deep Fried) Duck’, dan ‘Deep Fried Duck with Yam Paste’.

Wartawan Media Permata telah dijemput ke restoran itu bagi melihat lebih lanjut pelbagai hidangan yang ditawarkan tersebut.

Peking Duck Delight sebelum dibungkus dengan daun bawang dan timun.
Peking Duck Delight sebelum dibungkus dengan daun bawang dan timun.
Peking Duck Delight selepas dibungkus dengan daun bawang dan timun serta diberikan sos itik yang istimewa.
Peking Duck Delight selepas dibungkus dengan daun bawang dan timun serta diberikan sos itik yang istimewa.
Stew Duck with Homemade Sauce juga merupakan menu istimewa eksklusif bagi bulan Januari ini.
Stew Duck with Homemade Sauce juga merupakan menu istimewa eksklusif bagi bulan Januari ini.
Heong Su (Deep Fried) Duck merupakan hidangan itik tanpa tulang.
Heong Su (Deep Fried) Duck merupakan hidangan itik tanpa tulang.

Peking Duck Delight merupakan hidangan itik yang dipanggang, dibungkus dengan daun bawang dan timun serta diberikan sos istimewa itik. Lebihan itik yang dipanggang juga boleh dijadikan menu lain, bergantung kepada pilihan pelanggan sendiri. Stew Duck with Homemade Sauce pula yang merupakan hidangan itik yang telah dikukus, dipotong dan disaluti dengan sos soya, manakala Heong Su (Deep Fried) Duck hidangan stim itik yang dibuang tulang-tulangnya dan kemudian digoreng pula dengan menggunakan tepung.

Setiap hidangan menyajikan seekor itik dan boleh dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Restoran Dynasty di talian 2430185 atau menghubungi wakil jualan dan pemasaran RBC, Seri-Emma di talian 8721440, Aqilah di talian 7291330, Syazwan di talian 8981770 atau Bazilah di talian 7187584.

ARTIKEL YANG SAMA