RBRC anjur acara kebajikan

RBRC anjur acara kebajikan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) dengan sokongan The Collective Arts Events, Bank Baiduri, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Aewon, The Body Shop dan Coffee Bean & Tea Leaf akan mengadakan acara kebajikan Give A Little, To Help A Lot di Bilik Persidangan Sejahtera RBRC pada 18 Oktober ini bermula 12 pagi hingga 2 petang.

Acara kebajikan itu adalah bersempena memperingati bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara dan Kanak-kanak YASKA Brunei, selain menekankan kanser sebagai isu yang memberi kesan besar kepada negara ini tanpa mengira peringkat usia.

Antara kegiatan yang akan diadakan termasuklah demo pemeriksaan payu dara sendiri dan juga pemeriksaan mamogram percuma yang terhad Demo ini turut memuatkan ceramah oleh Profesor Madya Dr Haji Syafiq dan juga oleh bekas pesakit kanser.

Selain itu, turut diadakan ialah pemeriksaan perubatan oleh JPMC, Think Pink, kelas kreatif dan senaman kardio serta Give A Little, To Help A Lot.

Orang ramai dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai acara kebajikan itu dengan memakai pakaian merah muda atau emas bagi menunjukkan sokongan terhadap pelbagai badan kebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA