RBRC lancar Ruang Istirahat Muhibah

RBRC lancar Ruang Istirahat Muhibah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), hari ini melancarkan Ruang Istirahat (Lounge) Muhibah di Pusat RBRC berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei setelah pengubahsuaian pada Disember 2013 bagi meningkatkan kemudahan mereka.

Pembukaan rasmi ruang berkenaan sempena menyambut 25 tahun penubuhan RBRC telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Dermot Mannion dengan memotong reben sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan RB dan ahli RBRC. Ruang berkenaan mempunyai bilik mesyuarat peribadi dengan tempat duduk yang lebih selesa dan persekitaran senyap.

Di ruang berkenaan juga menempatkan Savy’s Cafe di mana ahli-ahli boleh menikmati jamuan dan mendapatkan rangkaian Internet secara percuma.

Kafe tersebut dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam kecuali hari Jumaat yang dibuka dari jam 2 petang hingga 10 malam, dan bermula 20 Mei ini, kesemua ahli RBRC akan mendapat diskaun 15 peratus di Savy’s Cafe.

(Dari kiri ke kanan) Kapten Khalidkhan Haji Asmakhan, Haji Kadri Haji Abdul Hamid, Dermot Mannion, Aji Puteh, Haji Omarali Haji Daud dan Yasmin Abdullah sama-sama melancarkan Muhibah Lounge.
(Dari kiri ke kanan) Kapten Khalidkhan Haji Asmakhan, Haji Kadri Haji Abdul Hamid, Dermot Mannion, Aji Puteh, Haji Omarali Haji Daud dan Yasmin Abdullah sama-sama melancarkan Muhibah Lounge.
Dermot Mannion bersama para jemputan lainnya mencuba sendiri di ruang dalam Muhibah Lounge yang mempunyai persekitaran selesa.
Dermot Mannion bersama para jemputan lainnya mencuba sendiri di ruang dalam Muhibah Lounge yang mempunyai persekitaran selesa.

ARTIKEL YANG SAMA