RBRC prihatin

RBRC prihatin

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), hari ini, telah menyerahkan dana yang dikutip menerusi pelbagai aktiviti dan acara di kelab berkenaan sepanjang tahun, kepada dua badan amal yang mereka sokong iaitu Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) dan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei.

Majlis penyerahan dana telah diadakan di Pool Side, RBRC, Berakas, di mana hadir bagi menyerahkan dana berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Penerbangan Diraja Brunei, Haji Omar Ali bin Haji Mohd Daud.

Pada majlis itu, kedua-dua badan berkenaan, masing-masing menerima $2,000 dengan sumbangan untuk YASKA diterima oleh Bendaharinya, Dayang Tsara Nawwarah binti Abdullah Chen dan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei diwakili oleh Hajah Jaliha binti Haji Momin.

Haji Omar Ali bergambar ramai bersama wakil-wakil badan kebajikan dan juga para pegawai dan kakitangan RBRC ketika majlis penyerahan dana berkenaan.
Haji Omar Ali bergambar ramai bersama wakil-wakil badan kebajikan dan juga para pegawai dan kakitangan RBRC ketika majlis penyerahan dana berkenaan.

YASKA merupakan organisasi yang membantu dan menyokong kumpulan kanak-kanak yang menghidap kanser, manakala itu, Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei pula ditubuhkan untuk menyediakan sokongan emosi, kaunseling dan informasi yang betul kepada bekas penghidap kanser dan keluarga mereka, di samping menolong mereka mencapai pemulihan yang maksimum.

RBRC berharap dengan dana yang disumbangkan akan dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik terutama di bulan suci Ramadan ini.

ARTIKEL YANG SAMA